Selamat Datang ke City - Manchester City FC

Accessibility links

Access other Manchester City products

Close

Continue to mcfc.co.uk

Continue to mcfc.co.uk

Selamat Datang ke City

Dapatkan segala maklumat yang anda ingin tahu mengenai kelab kami

  • Kongsi
  • Kongsi
  • Tweet
  • Emel
  • Lebih saluran

Selamat Datang ke Manchester City FC

Tanggal 13 Mei 2012, babak dramatik minit ke-94 jaringan gol Sergio Aguero di perlawanan final musim telah menjulang gelaran juara Liga Perdana semenjak 44 tahun,  mencatat satu lagi bab kegemilangan untuk kelab ternama Inggeris ini.

Sejarah Kelab Peminat MC bermula pada tahun 1880 apabila pertama kali ia ditubukan. Dalam masa 132 tahun, ia mencatat suka dan duka, tetapi masa hadapan kelab kali ini lebih mengujakan.

Para peminat City terkenal dengan ketaatan dan semangat yang ditonjolkan selama ini kini telah terbalas atas sokongan padu mereka sepanjang tahun yang dianggap sebagai pasukan yang  terhebat dalam sejarah Kelab.

Meskipun City pernah jatuh ke divisyen ketiga dalam bola sepak England, peminat tempatan merupakan antara yang teramai di peringkat kebangsaan (UK).

Kelab ini mempunyai tempat istimewa di hati komuniti penduduk bandaraya Manchester, namun peningkatan jumlah peminat antarabangsa dan daya tarikannya dianggap antara yang terpantas di dunia.

Dengan kejayaan di dalam dan di luar padang dalam beberapa tahun ini dan segala perancangan untuk mengembangkan kapasiti di Stadium Etihad dalam beberapa tahun mendatang, sekarang City dianggap sebagai salah satu organisasi sukan yang paling inovatif dan progresif di planet.

Dengan pembinaan Akademi yang terkemuka di dunia – Akademi Bola Sepak City – ditambah dengan pelbagai kemudahan latihan yang masih dalam pembinaan, boleh dikatakan Kelab kini berkembang dengan kadar yang amat pantas.

Kini dengan pengurus yang baru, City berhasrat untuk memenangi lebih banyak gelaran liga, trofi-trofi tempatan dan memastikan giat usaha yang lebih dalam Liga Juara-juara.

Tidak syak lagi, inilah masa yang terbaik untuk menyokong City!

Laman ini menggunakan kuki. Dengan mengklik anda bersetuju untuk membenarkan pengunaan kuki.

Benarkan