Lawatan ke Kelab Bola Sepak Manchester City - Manchester City FC

Accessibility links

Access other Manchester City products

Close

Continue to mcfc.co.uk

Continue to mcfc.co.uk

Lawatan ke Stadium Etihad

Bagaimana caranya untuk sampai ke Stadium Etihad? Satu caranya adalah praktis. Di sini ada beberapa cara yang lain.

  • Kongsi
  • Kongsi
  • Tweet
  • Emel
  • Lebih saluran

Cari kami

Terdapat  laluan pejalan kaki yang selamat, mempunyai lampu dan petanda jalan dari Stesyen Piccadily Manchester. Petanda jalan akan memberi petunjuk arah kepada anda sepanjang jalan. Sila ikuti petunjuk ‘City Link’. Muat turun peta Stadium yang menunjukkan laluan pejalan kaki selamat yang disediakan. Ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berjalan dari pusat bandar.

Terdapat beberapa bas yang kerap dari semua arah ke Stadium Etihad. Khidmat secara terus ke stadium adalah seperti berikut:

53, 54, 185, 186, 216, 217, 230, 231, 232, 233, 234, 235, 236, 237, X36 dan X37.

Setelah perlawanan berakhir, bas-bas ini akan berbaris di Jalan Ashton New bersebelahan dengan Stand Selatan yang membawa anda pulang ke pusat bandar di mana membolehkan anda mengambil bas seterusnya atau untuk meraikan kemenangan. Berikutan saranan dari maklum balas daripada penyokong, para petugas akan mengawal barisan keluar secara lebih efektif setelah tamat perlawanan.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pengangkutan awam dan perjalananan, sila lawati:

www.gmpte.com untuk perancang perjalanan bagi membantu perjalanan anda dengan bas dan laluan pengangkutan awam lain.

www.transportdirect.info untuk maklumat perjalanan di Manchester dan UK.

Terdapat sepanjang 3.9 batu (6.3km) seksyen baru Metrolink ke Droylsden yang sekarang dibuka untuk kemudahan awam. Laluan baruan ini dapat diakses di lapan perhentian baru:

  • New Islington
  • Holt Town
  • Kampus Etihad
  • Velopark
  • Clayton Hall
  • Edge Lane
  • Jalan Cemetery
  • Droylsden

Perjalanan dari Manchester Piccadilly ke Droylsden akan beroperasi setiap 12 minit, mengambil masa sekitar 20 minit untuk sampai ke Stadium, anda boleh merancang perjalanan anda di sini.

Laluan akan merentasi Jalan Great Ancoats, melalui Holt Town menuju ke Kampus Etihad (Stadium Etihad) 
dan Velopark (Pusat Berbasikal Kebangsaan).

Dari sini, antara Clayton dan Droylsden, laluan akan merentasi sepanjang atas jalan, iaitu Jalan New Ashton dan Jalan Manchester.

Harga tiket dari Manchester Piccadilly ke perhentian Kampus Etihad akan bermula dari  £2.90 untuk seorang dewasa, pergi balik luar waktu puncak. Manakalan pilihan tiket-tiket lain termasuk:

  • Tiket jimat keluarga hujung minggu: £7.50 (2 dewasa sehingga 3 kanak-kanak) untuk semua zon
  • Tiket secara berkumpulan : 4 dewasa £10.50 
  • Tiket pergi balik keluarga luar waktu puncak: £4.00

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Metrolink yang baru dibuka atau untuk meninggalkan sebarang 
maklum balas sila lawat laman web Metrolink.

Untuk memapar versi PDF  panduan laluan yang menerangkan segala apa yang anda ingin tahu sebelum merancang perjalanan untuk menonton perlawanan Manchester City di Stadium Etihad, klik butang muat turun di bawah:

Download Metrolink Information





Parkir Kereta adalah termasuk dalam Pakej Hospitaliti dan Temasya.

Parkir yang boleh dibayar pada hari yang sama terdapat di tempat disediakan di Stadium Etihad di Parkir Kereta Biru (juga dikenali Parkir Utara) yang boleh diakses dari Alan Turing Way. Kos Parkir Kereta Biru adalah seperti berikut:

• Motorsikal – percuma
• Kereta - £10
• Bas Mini - £20
• Koc (di rumah dan jalanan) - £30
• Caravan - £30

Parkir untuk orang kurang upaya (OKU) juga ada disediakan, tetapi ia amat terhad kerana bilangan yang telah disediakan untuk ahli bermusim kami. Sila hubungi Pegawai Urus Setia OKU kami, Francine Bebbington pada talian 0161 444 1894 ( tekan pilihan 1) atau emel disabledtickets@mcfc.co.uk untuk maklumat lebih lanjut.

Semasa waktu puncak (sejurus selepas perlawanan tamat sekitar 45 minit) semua Parkir Kereta Biru akan beroperasi  dengan hanya pusing kiri dibenarkan untuk laluan keluar. Apabila trafik mula bergerak secara lancar, kedua-dua laluan akan dibuka. Sementara Parkir Kereta Oren (dikenali juga  Parkir Kereta Timur) adalah untuk jualan secara tempahan awal kepada para pelanggan korporat dan tidak diperolehi untuk jualan tunai di hari perlawanan.

Para penyokong yang ingin memakir agak jauh dari Stadium Etihad bagi mengelak jalan ditutup adalah  dinasihatkan untuk memakir di pintu masuk K2 berdekatan Jalan Ashton Old iaitu hampir 50m dari  simpang berdekatan Pottery Lane. Kawasan K2 adalah 10-15 minit jarak berjalan kaki dari stadium dan kos  parkir adalah £7.

Terdapat beberapa parkir kereta satelit sekitar stadium dengan harga tertera di pintu masuk. Pihak kelab tidak mengesah dan bertangunggjawab ke atas parkir-parkir kereta ini.


Penutupan Jalan

Para pelawat juga diminta memberi perhatian yang penutupan jalan beroperasi sejurus selepas acara untuk memberi laluan kepada para pejalan kaki meninggalkan Stadium Etihad dengan selamatnya. Ini mengambil masa hampir 20 minit selepas perlawanan. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada kelulusan pihak Polis Greater Manchester yang berkemungkinan menyebabkan ia mengambil masa lebih lama daripada biasa. Jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan adalah seperti berikut:

Alan Turing Way – antara Briscoe Lane dan Jalan Ashton New Jalan Ashton New – antara Alan Turing dan Jalan Hillkirk 


Parkir Penduduk Tempatan

Skim parking untuk penduduk setempat terdapat di jalan-jalan sekitar Stadium Etihad dan ia dikuatkuasakan secara ketat dan dapat dikenali melalui petanda jalan. Sila jangan memakir di kawasan yang berkemungkinan anda akan disaman dan kenderaan akan di ‘clamp’ atau disita. Sila hormati kehendak penduduk setempat. Parkir di pasaraya ASDA bertentangan dengan Stadium hanya disediakan untuk para pelanggan sahaja. Denda akan dikenakan bagi yang menyalahgunakan kemudahan parkir ini.



Masa Parkir Kereta Dibuka

Parkir Kereta Biru dibuka pada jam 11:00pg (2.30ptg untuk perlawanan waktu malam)

Cara terbaik untuk mengelak dari trafik adalah dengan tidak bergegas meninggalkan Stadium dan bersama meraikan kemeriahan di City Square, yang terletak tidak jauh dari Stadium berhampiran dengan Joe Mercer Way. City Square adalah bar dan kafe di luar yang berlesen penuh, tempat yang sesuai untuk menikmati makanan dan minuman dan mengimbas kembali perlawanan dan menonton soroton-soroton utama perlawanan bersama para pemerhati tegar City, juga sesi wawancara dengan pemain dan tetamu selebriti yang hadir.

Manchester City FC
Etihad Stadium
Etihad Campus
Manchester
M11 3FF
United Kingdom

Hubungi +44 161 444 1894

Cetak peta ini

Petunjuk Arah

Masukkan poskod anda atau nama jalan untuk mendapatkan petunjuk arah daripada Google Maps.

Poskod / nama jalan

Peta Stadium

Dapatkan peta lengkap stadium

Muat turun

Parkir

Ketahui di mana anda boleh memakir kereta anda berhampiran dengan stadium

Muat turun

Laman ini menggunakan kuki. Dengan mengklik anda bersetuju untuk membenarkan pengunaan kuki.

Benarkan
z