Tarikh perlawanan derbi Manchester disahkan - Manchester City FC

Accessibility links

Access other Manchester City products

Close

Continue to mcfc.co.uk

Continue to mcfc.co.uk
Musim 2016/17

Tarikh perlawanan derbi Manchester disahkan

  • 20 Mac 2017 11:00
  • Disedia oleh@ManCityMAS
  • Kongsi Ini:
  • Kongsi
  • Kongsi
  • Tweet
  • Emel
  • Lebih saluran

Manchester City akan bermain menentang Manchester United di Stadium Etihad pada hari Khamis, 27 April ini selepas ia dijadualkan semula dari tarikh sebenar 28 Februari lalu.

Perlawanan asal terpaksa ditangguhkan berikutan Manchester United bersaing dalam perlawanan akhir Piala Liga (EFL Cup) yang jatuh pada hari yang sama baru-baru ini.

Perlawanan akan berlangsung pada jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 4 pagi Jumaat, 28 April waktu tempatan Malaysia.

Image result for united 2-1 city pep mourinho

Berikutan itu, perlawanan menentang Middlesborough yang pada asalnya jatuh hari Sabtu 29 April ditunda sehari ke hari Ahad, 30 April jam 2.05 petang waktu UK bersamaan pukul 10.05 malam waktu tempatan Malaysia.

Dalam pertemuan awal di Old Trafford dalam Liga Perdana Inggeris September lalu, City menang 2-1 sebelum disingkir Manchester United dari Piala Liga di laman sama dengan kekalahan 0-1 pada bulan Oktober.

  • Kongsi Ini:
  • Kongsi
  • Kongsi
  • Tweet
  • Emel
  • Lebih saluran

Laman ini menggunakan kuki. Dengan mengklik anda bersetuju untuk membenarkan pengunaan kuki.

Benarkan