Previu Pep Guardiola Huddersfield vs Man City - Manchester City FC

Accessibility links

Access other Manchester City products

Close

Continue to mcfc.co.uk

Continue to mcfc.co.uk
Musim 2016/17

Khabar Gabriel menjelang lawan Huddersfield

  • 17 Februari 2017 15:00
  • Disedia oleh@ManCityMAS
  • Kongsi Ini:
  • Kongsi
  • Kongsi
  • Tweet
  • Emel
  • Lebih saluran

Pep Guardiola menyampaikan perkembangan kecederaan Gabriel Jesus dan mengatakan pemain Brazil tersebut terpaksa direhatkan dua hingga tiga bulan.

Penyerang berusia 19 tahun itu terpaksa menamatkan perlawanan awal hanya selepas 15 minit beraksi dalam kemenangan 2-0 di Bournemouth malam Selasa lalu berikutan mengalami keretakan tulang metatarsal di bahagian kaki kanannya.

Gabriel menyertai rakan sepasukan, Ilkay Gundogan yang turut terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lalu. Beliau telah menjalani pembedahan dengan jayanya di Barcelona namun Guardiola mengakui pemain tersebut terpaksa direhat panjang.

Image result for gabriel jesus injury

“Malam semalam, Gabriel telah menjalani pembedahan di Barcelona, kini yang paling penting dia dapat sembuh sepenuhnya dan akan kembali bila betul-betul pulih dan cergas pada akhir musim ini atau awal musim depan.

“Pihak doktor mengatakan antara dua hingga tiga bulan lamanya.

“Setiap pemain lain baik sahaja kecuali Gundogan, ada antara mereka mengalami masalah kecil tapi tidak serius.”

Kecederaan Jesus memberi peluang kepada Sergio Aguero untuk mengambil semula posisi sebagai penyerang utama dari awal perlawanan.

Penyerang Argentina itu telah ditempatkan di bangku simpanan dalam tiga perlawanan terakhir selepas ketibaan Jesus yang menunjukkan prestasi permainan memberangsangkan.

Guardiola kagum dengan sikap profesional yang ditunjukkan Aguero dan berkata keupayaan pemain tersebut tidak pernah diraguinya.

Image result for aguero jesus pep

“Beliau tidak diturunkan dari awal perlawanan sejak dari awal musim ini, bukan hanya dalam tiga perlawanan terakhir, bukan sahaja Aguero begitu juga para pemain lain.

“Ia tidak mudah buat para pemain yang tidak bermain agak lama sama seperti Kelechi Iheanacho, Nolito dan lain-lain. Sikap mereka lebih dari profesional, ia cukup sempurna termasuk Sergio.

“Dia telah menunjukkan keupayaannya di minit-minit akhir semasa menentang Swansea, juga semasa menentang Bournemouth selepas menggantikan Gabriel di mana beliau telah bermain dengan bagus dan turut menjaringkan gol.

Image result for aguero goal bournemouth

“Saya tidak pernah ragu-ragu tentang kualitinya kerana dia sentiasa memberikan segalanya.

“Sergio perlu lakukan apa yang telah dilakukannya sepanjang kariernya, tidak lebih dari itu. Apa yang saya minta dari Gabriel Jesus saya tidak minta dari bek tengah, Iheanacho atau pemain sayap. Setiap pemain ada kualitinya tersendiri.

“Saya tidak mengharapkan Gabriel melakukan apa yang dilakukan oleh Sergio dan saya tidak akan meminta Sergio melakukan apa yang Gabriel lakukan.

“Setiap pemain ada kualiti masing-masing. Mereka hanya perlu turun bermain dan mempamerkan yang terbaik, itu sahaja. Gabriel ada kualiti tersendiri begitu juga Aguero.

Image result for aguero and gabriel

“Dengan ada kedua-duanya kami menjadi pasukan yang lebih kuat, kini kami tidak bernasib baik dengan ketiadaan Gabriel dan Gundogan, dan para pemain lain akan meneruskan perjuangan kami.”

Pep turut menyentuh tentang lawan mereka, Huddersfield Town yang menjadi pencabar di pusingan kelima Piala FA kali ini.

Pasukan kendalian pengurus Jerman, David Wagner itu hanya kalah sekali dari 10 perlawanan terakhir mereka dan dalam sasaran untuk dipromosi ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Image result for david wagner huddersfield

“Saya tidak banyak mengetahui tentang Huddersfield tapi saya cuba menonton perlawanan mereka sebanyak mungkin.

“Pemain kami, Aaron Mooy yang dipinjamkan kepada mereka begitu cemerlang tapi beliau tidak dapat turun beraksi kerana peraturan yang telah ditetapkan.

Related image

“Kami akan pertimbangkan situasi Aaron akhir musim ini, Huddersfield pada momentum baik sekarang dan bermain begitu bagus sekali dengan penuh berkeyakinan.

“Mereka kekal satu pasukan yang mencabar dan mereka berjuang untuk dipromosi ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

* Perlawanan menentang Huddersfield akan berlangsung jam 3 petang (UK) Sabtu, 18 Februari bersamaan pukul 11 malam waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ke udara di saluran Astro 810/831 HD. Ikuti akaun Twitter kami @ManCityMAS untuk liputan perlawanan nanti.

  • Kongsi Ini:
  • Kongsi
  • Kongsi
  • Tweet
  • Emel
  • Lebih saluran

Laman ini menggunakan kuki. Dengan mengklik anda bersetuju untuk membenarkan pengunaan kuki.

Benarkan