Previu Leroy Sane, Man City vs Arsenal Piala FA - Manchester City FC

Accessibility links

Access other Manchester City products

Close

Continue to mcfc.co.uk

Continue to mcfc.co.uk
Musim 2016/17

Sane ingin sengsarakan Arsenal lagi

  • 21 April 2017 11:26
  • Disedia oleh@ManCityMAS
  • Kongsi Ini:
  • Kongsi
  • Kongsi
  • Tweet
  • Emel
  • Lebih saluran

Leroy Sane mengharapkan menjadi ‘duri’ buat Gunners kali ketiga musim ini apabila Manchester City bertembung lagi dengan Arsenal Ahad ini di Wembley perlawanan separuh akhir Piala FA.

Pemain sayap asal Jerman itu telah menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Arsenal Disember lalu di Stadium Etihad, dan sekali lagi di Stadium Emirates dalam hasil seri 2-2 awal bulan ini.

Beliau kini mengharapkan untuk mencatat gol ketiga peribadinya menentang pasukan kendalian Arsene Wenger dalam kunjungan pertama buat dirinya di Stadium Wembley.

Image result for leroy sane city 2-1 arsenal

“Dapatkan saya jaringkan gol lagi? Saya harap. Saya menikmati dua perlawanan lalu menentang Arsenal musim ini dan saya akan cuba menjadikan tiga gol dalam tiga perlawanan melawan mereka.

“Saya tidak sabar untuk bermain di Wembley. Ini kunjungan pertama saya ke sana dan setiap orang memberitahu saya ia satu stadium hebat dengan suasana luar biasa, dan kami akan diringi lebih 30,000 para penyokong City yang akan meriuhkan suasana di stadium nanti.”

City telah mencatat banyak gol dalam setiap kunjungan mereka di London musim ini dengan 17 gol terhasil dari 7 perlawanan, sembilan darinya datang dari kediaman West Ham, Stadium London.

Image result for leroy sane arsenal 2-2 city

Sane mengakui lebih besar sesuatu padang perlawanan, ia lebih sesuai untuk gaya permainan City dan ia mungkin menjadi kenyataan Ahad ini.

“Ya saya rasa padang perlawanan di stadium nanti sesuai dengan gaya permainan kami dan saya dengar ia hampir sama dengan laman West Ham, namun tidak kira di mana kami bermain kami akan ke sana cuba untuk menang, kerana kami ingin mara ke final dan menjuarai kejohanan.

“Kami penuh bersemangat dan bersedia.”

Image result for leroy sane city 2-1 arsenal

Sane mengakui dengan dicalonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA merupakan satu kejutan menggembirakan, namun mengakui persaingan untuk merebut anugerah tersebut sengit.

“Saya amat gembira dicalonkan, namun ia sukar untuk bersaing dengan calon-calon hebat lain seperti Romelu Lukaku dan Delle Ali, tapi ia mengujakan dibariskan bersama para pemain hebat lain.

“Tentang prestasi saya musim ini, saya rasa bertambah bagus dari hari ke sehari. Pada mulanya agak perlahan tapi saya semakin dapat menyesuaikan diri dan perlu memperbaikinya lagi.

Image result for leroy sane arsenal 2-2 city

“Namun saya amat menikamtinya, semuanya berjalan lancar dan bertambah baik dan berupaya bermain dengan para pemain hebat dalam pasukan yang memahami saya satu penghormatan.

“Saya hanya perlu serasi dan membiasakan diri dengan gaya Liga Perdana Inggeris dimana ia amat berlainan sama sekali dengan Bundesliga.”

* Perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Arsenal akan berlangsung di Stadium Wembley hari Ahad, 23 April jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia.

  • Kongsi Ini:
  • Kongsi
  • Kongsi
  • Tweet
  • Emel
  • Lebih saluran

Laman ini menggunakan kuki. Dengan mengklik anda bersetuju untuk membenarkan pengunaan kuki.

Benarkan